Sunday, September 14, 2014

Kebahagiaan dalam hakikat sebenarnya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih hidup saat ini merupakan suatu nikmat dan kebahagiaan.
Tapi kadang kadang kita salah menafsirkan kebahagiaan itu sendiri.

Apabila tiada kelas, dikatakan kebahagiaan.
Apabila semua kerja selesai, dikatakan kebahagiaan.
Apabila mempunyai banyak waktu lapang, dikatakan kebahagiaan.
Apabila mendapat kejayaan, dikatakan kebahagiaan.
Apabila berjaya menghiburkan hati, dikatakan kebahagiaan.

Tapi, benarkah semua itu dianggap kebahagiaan.
Kebahagiaan yang hakiki sebenarnya datang apabila kita berjaya meraih redha Allah dan manusia-manusia lain serta seluruh makhluk di muka bumi ini.

Memang tidak dinafikan, sebagai manusia segala apa yang menggembirakan hati kita semua dianggap bahagia. Tapi, kadang-kadang bila kita dah kecapi kebahagiaan yang kita rasai itu, di satu sudut hati kita masih rasa kosong sebab kebahagiaan itu tidak disandarkan pada yang sepatutnya. Dan kadang kadang kebahagiaan itu kita hanya rasakan untuk diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

Bahagia juga boleh dirasai apabila kita membuat orang lain turut gembira. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rahman, ayat 60 yang bermaksud :

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?"

Ini bermakna apabila kita membuat orang lain gembira, Allah akan menggembirakan kita juga. Sebab itu lah Nabi Muhammad s.a.w. tekankan cara hidup bersaudara kerana kita hidup kat dunia bukan seorang diri. Akhir kalam, moga Allah berikan kita semua hidayah agar sentiasa teguh pada jalannya. Dan agar kita sentiasa diredhainya.

*ingat! Bukan hubungan dengan Allah je yg perlu di jaga, tapi hubungan sesama manusia juga.

No comments:

Post a Comment