Saturday, January 12, 2013

Kasih Seorang Mama

Assalamualaikum.


Langkawi
Actually tak tahu kenapa nak cerita pasal nih. mungkin sebab tibatiba teringat kot. sori lah. cerita mungkin dah berhabuk kot. sbb dah hambir sebulan dah. macam nih. last year *cehwah* 2012, mama kena operate utk buang fibroid dalam rahim and that operation was on 24th of december. start dari kitorg adik beradik tahu psal mama lagi, mama dah cakap yang mama takut nak operate. okehh. let see, kite nak buang aset kita, mesti lah takut + sedih. same goes to mama. kitorg adik beradik pun sentiasa doakan yang terbaik utk mama and finally, ALHAMDULILLAH. mama selamat. serius, lepas mama keluar dari OT (Operation Theater) tuh, mmg muka tak bermaya langsung. lemah sangat. feeling macam nak nangis je tengok. itu baru operate. macam mane lah waktu lahirkan kitorg adik beradik nih. rasa macam bersyukur sangat. sebab itulah kami sayang mama. dan sebabkan itulah Allah dan Rasulullah sangat memuliakan dan meninggikan darjat serta martabat seorang wanita terutama seorang IBU.

disebut dalam sebuah hadith :

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” 
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

dan dari situlah baru ak sedar yang memang seorang ibu berhak untuk itu. seminggu mama di hospital membuatkan ak rasa gembira kerana tidak perlu duduk di rumah. dapat rehatrehat di hospital yang memang best sgt tuh. serius memang rasa seronok walaupun bukan bercuti dan perlu jaga mama but I enjoy it. sampailah tibatiba mama cakap...

Mama : Sarah tak penat ke jaga mama? 
Sarah : Eh, tak lah. xpenat pun. best ap duk hospital nih.
Mama : Bukan apa. kesian Sarah. Tengah cuti sekolah tapi kena jaga mama kat sini. g lah turun bawah, jalanjalan ke. pergi beli apa-apa ke. 
Sarah : takpe. sarah xbosan pun duk sini. boleh tengok Adam Hawa. laptop depan mata, wifi percuma, manfaatkanlah. *sengih*

Lepas tu, termenung kejap. teringat kata-kata mama tadi yang mama tanya "Sarah tak penat ke jaga Mama?" . Waktu tu memang tak penat. sebab mama pun dah besar. ada benda mama boleh buat sendiri. cuma certain2 je yang kena tolong papah. tapi... tibatiba terfikir, kalaulah kitorang adik beradik ni tanya kat mama waktu mama jaga kitorang dari kecik dulu, "Mama tak penat ke jaga kitorg?" apa jadi kalau mama cakap mama penat? memang takkan besar lah kitorg sampai sekarang. see, how a mother boleh jaga anak anaknya dari kecik tanpa ada rasa bosan dan penat. itulah kuasa Allah. 

Jadi, hargai mama anda sementara mereka masih ada. kalau penat nak jaga diorg, cuba fikir macam mana diorg tak pernah penat jaga kita dulu. Mama, kitorg sentiasa dan sentiasa sayang mama. Maafkan kitorng atas semua kesalahan kitorg. We Love You, Puan Zarina, seorang mama yang sentiasa tabah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. 


Sayaaanngg Mama


Going to New Blog



Assalamualaikum.

Officially, saya berpindah ke blog baru ini. Yang lama itu masih ada, dibiarkan menjadi kenangan semasa menjadi pelajar sekolah. Mungkin untuk tatapan dan bacaan ketika sudah dewasa nanti atau mungkin sebagai sejarah yang sudah tersurat cantik oleh Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah, mungkin menjadi lebih matang dari sebelumnya.

:)
Selamat Tinggal, tintakakitanganku,,